30.9.17

Undefined.




Assalamualaikum hi sweety pie. Hello world. Lama rasanya dah tak bukak boyfriend ni kan. Ok, nothing much to tell sbb soooooooooo busy dengan praktikal. Omg, i dapat praktikal kat KP Senawang and everyday is my tired day hmmm. EVERYDAY OK. 

Bersangka baik je yang ppl nowadays dah sedar dengan kepentingan menjaga gigi hingga akhir hayat. Blllerrrgghhh. Even loose tooth pun nak datang klinik minta cabut. Hey, are crazy dik? Gigi engkorang tu tolak guna lidah pun boleh tercabut. Tapi punya lah nak jumpa nurse yang lawa2 sanggup tunggu que sampai dua jam. Engkorang memang hebat dik. Kalau aku lah dik, tunggu sengah jam pun tak larat. So, wahai ibu2 dan ayah2 kat luar sana kalau nampak gigi anak tu longgar dah tahap 4 tu cabut jelah sendiri -_- Takyah datang klinik tunggu sampai dua jam pastu bila lambat mengamuk kat kami yang dah sedia penat melayan patient dari pagi sampai petang tak henti2.

Yang paling aku sadis sekali waktu rehat should be pukul 1 tapi selalu kena drag sampai pukul 1.45 sbb patient yang terlalu ramai. Rasa nak nangis akak T_T Tapi nasib baik akak ni acah2 profesional masih senyum dan melayan engkorang dengan baik dan saksama. Pastu sempat solat je then pukul 2 masuk balik buat patient balik. Seriously penat. Sangat penat tahu tak? Bila balik rumah tu pukul 9pm dah baring atas katil dan takkan bangun dah hahaha. Tau2 alarm phone pukul 528 am.

Jadi, ingin saya tegaskan kat sini yang dental nurse pun penat nak mampus even bukan shift macam medical nurses. sebab kitorang kerja straight 8-5. TIRED AF. Well, setakat ni everything went smooth je. K sampai sini je mungkin. Puas hati aku dapat cerita kat boyfriend ni hahaha. 


Ok byee.