7.3.16

Busy with my own happy life

Assalamualaikum. Hi dearest readers. Lama dah rasanya aku tak update. Yes it is. Lama sangat dah. Busy sangat, sangat sangat dan kekangan internet dan lappy yang takde dekat Penang. Memang aku tak bawak laptop sebab malas. Dan tiada. Hahahaha aku cuma guna laptop bila perlu sahaja buat assingment etc. Ok lah let catch up benda yang tak sempat ok.

How was Penang? So far so good. I hope so. Alhamdulillah aku boleh sesuaikan diri dekat Penang. Ok, pasal schedule untuk melayakkan diri masuk exam.... emmm in shaa Allah sempat 75% before midsem ni. harap2 sempat lah. taknak kena stay back. Lepas dapat result aku nak balik terus. Nak puasa kat rumah.

Ok, malam 20/2 haritu malam kebudayaan. Tema Shanghai Night, which is kami semua kena pakai red and black. Pheewwww punya la pening nak pakai apa, sebab aku dok tanya budak2 ni nak pakai rata-rata nak pakai baju kurung jaa. And i was like... "Engkooo bia betul?" Shanghai night weh. Ok then aku dok fikir nak pakai baju ape. So lucky Farah ada baju kemeja merah. Ok baju settled, then seluar or kain? And aku decide pakai kain jaa laa.




Ok then Atie paling win pakai jubah ja. Nice Atie nice. Hahaha gila punya simple. Baju: Farah, skirt: Kak Fazilah, shawl: me. Ok then we had fun that night. Acah2 malam ini kita punya la kononya. hahaha. Then habis majlis, Fakhrul dok ke hulur ke hilir depan aku. semua orang ajak selfie la konon. Hahaha then masa dok amik gambar dengan Zara tetiba dia interframe. Zara terus kata, "haa korang gambar dua dulu, Zara amik gambar" tapi muka macam...masing2 muka macam.... aku taktau nk descibe cana. Maybe malam, tu masing2 mata sepet semacam. HAHAHA
So, esoknya zana ajak pergi berkelah la konon dekat Taman Rimba. Ok pagi-pagi bangun siap2 la barang apa yang kena bawak, makanan semua. Punya semangat sampai masak nasi nk bawak pergi piknik. Then dh keluar, beli lauk semua tunggu bas. Lepas dok tunggu dekat setengah jam, bas tak sampai2. Then pergi la tanya bas yang lalu lalang 

"Pakcik, bas nak pergi Taman Rimba no berapa?"
"Bas 102 dik"
"Ok pakcik."

Lepas tu dengan bendulnya kami tunggu lagi 10 min. Last2, tanya lagi sekali rupanya kami salah bus stop. Tunggu kat seberang jalan. Masa dok tanya lagi sekali tu nampak bas 102, berlari-lari kejar bas takut kena tinggal bas. Dah la lama nak tunggu bas. Then masa tu aku pun tunjukkan skill atlet aku yang dah lama karat. Pecut habis aku kejar bas, budak2 ni boleh dok lari kedek-kedek. Masa aku dah slow lari tetiba Eina jerit

"Leaaaaaaaaaaaa, kejar bassssss"

Makin laju aku kejar bas. sampai jaa dekat bas aku tercungap-cungap aku tak habis nafas. 

"Rileks dik, rileks. Cuba cakap dengan pakcik nak pergi mana?"
"Huh huh huh nak nak nak pergi...Jap pakcik"-tunjuk isyarat putus nafas
"Hahahaha yelah tu laaa lari lagi"
"haa saya nak pergi taman rimba"
"berapa orang?"
"haaaa jap pakcik"- tengok luar bas 
"6 pakcik. Yang lain tengah lari lagi pakcik. Kejap pakcik"
"haaa yelahhh"

The rest is history... first time aku dok berlari bawak tikar. Sampai je dalam bas, tikar pulak terbarai. And bagus. Dah la ramai orang dalam tu yang menonton aku dok maraton dari bus stop seberang. Pastu boleh pulak tikar terbarai kat situ. But its the best feeling ever. Seronok pulak bila ingat balik. Then esok Pn. Suriani tanya Eina 

"Hasliena, semalam saya nampak awak berlari bawak beg besar tu nak pergi mana? nak balik kampung ke?"

Sumpah kelakar bila ingat balik cara kitorang lari. Semua pakcikkat kedai kopi tepi jalan tu siap bagi semangat suruh lari laju lagi. Kata bas tinggal nanti. hahahaha serious kelakar. Tapi seronok. Best experience.

Minggu ni semua cakap aku macam stress. Aku pun taktahu lahh. Yeke weh. Mugkin penat sangat kot. Mungkin In shaa Allah aku cuba reduce stress aku ni. Minggu ni midsem seminggu. Harap aku tak stress dah lepas ni. Aminnnn. Ok, lahhh sampai sini jelah. Tapi akak nak payung gambar sikit ni. hahaha. Ok bye. Assalamualaikum guys.